Search This Blog

Saturday 25 February 2012

Comeinya kau...

Heeee......
Jangan salah faham.... maksud saya di sini comelnya jika kita berperibadi mulia.....
Peribadi mulia ini, akhlak moleklah.... macam sentiasa senyum...itukan sunnah Baginda :)
Tapi janganlah kita menilai mereka macam asal orang ini jahat tiba-tiba berubah menjadi baik. Kita ini bukan penghukum tetapi berdoa kepada dia agar berterusan. Kita pula berilah pujian supaya dia berasa gembira dengan perubahan ini....

Ana bukanlah insan yang baik tetapi ingin kita semua menjadi yang terbaik........


Kalau akhlak baik semua orang suka

Monday 6 February 2012

Dari Alor Setar Ke Ampang

3/2/2012 Jumaat
Pada jam 9, aku bertolak dari rumah ke stesen bas yang berdekatan rumah aku. Alangkah gembiranya hati aku apabila hendak pergi berjumpa dengan seorang sahabat aku. Namanya Awie. Tujuan aku ke Alor Setar hanya sebab Awie mengambil aku di stesen bas Shahab. Aku sebenarnya mengikuti majlis rombongan perkahwinan bagi pihak pengantin lelaki. Mereka dan Awie tu berasal dari Langkawi. Aku ni cuma pendatang. Berasa rendah diri aku di hadapan mereka kerana mereka tu ustaz dan ustazah.
Aku sampai di sana pukul 1 petang, kemudian Awie mengambil aku pergi solat Jumaat di Masjid Sultanah di Alor Setar. Kemudian, ada sesuatu perkara yang timbul, rombongan sana terpaksa bertolak lewat dari Langkawi. Kami bertolak dari Alor Setar ke Ampang pada pukul 7 selepas rombongan pengantin melaksanakan solat Asar... Ada hikmahNYA kami bertolak lewat.

Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.
(Al-Baqarah 2:216) |

Kami sampai di sana pukul 2 pagi.

4/2/2012 Sabtu
Aku tidur dalam keadaan tak lena, mana tak nya, dua jam sahaja melelapkan mata. Selepas tu, kami solat Subuh berjemaah. Majlis akad nikah diadakan pada waktu malam, jadi kami semua pergi Nilai. Kami kaum lelaki nak buat apa, lainlah kaum hawa, berbelanja sakan.
Ada satu kisah lucu di sana. Kami berada di sebuah kedai. Tiba-tiba, datang seorang kak direct selling jual barang. Sahabat aku beli barang tersebut. Lepas itu, kak itu tanya kami semua berasal dari mana, sahabat aku katalah kami semua dari PL. Aku, kak dan Awie blur. Sahabat aku kata PL tu Pulau Langkawi. Tambah dia lagi orang Kedah suka buat senang macam Sungai Petani =SP, Bukit Mertajam=BM. Haru betul sahabat aku ni. Rosak sungguh...
Malam la yang kami semua menantikan, majlis akad nikah.
Pengantin lelaki berpakaian jubah manakala pengantin perempuan berpurdah. Tidak sama seperti majlis akad nikah yang pernah aku saksikan. Pengantin lelaki guguplah juga semasa melafaz suci di depan wali pengantin perempuan selepas dibaca khutbah nikah. Aku ketawa dalam hati pasal gugup pengantin lelaki. Perkahwinan mereka membuka mata aku betapa indahnya Islam, bukan apa, kita selalu adat yang berlebih-lebihan. Tetapi yang ini mudah, mereka hanya mengikuti syarak sahaja. Kagum aku....
(Teringin juga aku, tapi lambat lagi laa)

 “Daripada Aisyah, Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud: ‘Sesungguhnya nikah yang paling besar keberkatannya ialah yang paling murah (rendah) maharnya.’” (Hadis riwayat Al-Baihaqiy)

5/2/2012 Ahad
Pagi, aku dan Awie solat Subuh berjemaah di masjid. Lepas itu, kami fikir-fikir, buat apa kami duduk di sana, bukan tolong, kalau tolong pun tolong tengok. Aduyai, jadi kami ronda-ronda sekitar KL=Kuala Lumpur (bukan Kilang Lama atau Kuala Lipis he3, melawak sahaja). Kemudian dalam pukul 11, kami balik ke rumah pengantin untuk ke majlis kenduri. Yang ini membuat aku kagum. Majlis mereka memang ringkas, tidak ada makan bersuap, bersanding dan lain-lain. Memang mudah dengan mengikuti syarak. Aku berasa yang menyusahkan hanyalah adat yang berlebih-lebihan... :)
Kemudian kami semua bersalaman dengan pengantin lelaki menandakan kami pulang. Selepas itu kami pergi jalan-jalan.....
Kami balik ke rumah pada pukul 9 malam. Aku berasa teruja sebab kali pertama bawa kereta pulang ke rumah aku. Hee, ye la kali pertama. AlhamdulILLAH aku sampai ke rumah pada pukul 3 pagi...

Sekian travelog aku>>>>>