Search This Blog

Sunday 6 May 2012

Ke Pantai!!!!!!! Tapi.....

Awal bulan tiga, aku dan sahabat-sahabat aku pergi bersuka ria di pantai sekitar Penang...
Heeeeeeee
Tapi, perancangan yg kami rancang tidak selalu terbaik, Dia Maha Perancang yg Terbaik :)
Pagi tadi, aku dah la terlewat, ingat tak sempat la....
Kemudian sahabat aku telefon bahawa ada masalah lain yang timbul, sahabat mereka yang aku tidak kenal masuk ke hospital. Terkejut juga la........
AlhamdulILLAH, ada sahabat lain menolong membawa dia ke hospital Penang.....
Kemudian, aku pula kena 'road block'. Cuak juga la, dah la aku tidak ada stiker (pelajar universiti perlu ada stiker kenderaan pada kenderaan mereka). Dalam hati aku, "habis moto aku ni, camna ni?". Tapi... 
AlhamdulILLAH, tidak ada apa-apa yang berlaku.....Selamat...Thanks to HIM :)....
Lepas tu, masalah lain yang timbul, kereta pula rosak, aduyai...... 


Seharian...... Muhasabah lah

Dalam seharian kita ni....pernah tak kita muhasabab diri? Pernah tak? Alangkah bagusnya jika kita muhasabah diri kita. Kita manusia selalu leka dan lalai, namun janganlah itu sebagai alasan utama untuk berubah. Teringat tazkirah sahabat, kita kena luruskan niat, jangan ada unsur-unsur yang mampu mengundang kemurkaanNYA. Seperti yang terkandung dalam Hadis 40, hadis pertama berkenaan dengan niat.

Selain itu, muhasabah diri mampu memberi kita motivasi. Seperti kata Saidina Umar (kalau silap, betulkan lah saya) kalau tak salah saya, "Hari ini lagi baik dari semalam, Esok lebih baik dari hari ini". 

Muhasabahlah sahabat. Marilah kita menjadi insan mulia dengan mencontohi peribadi junjungan Besar kita.
Maaf atas segala salah dan silap saya dalam segala perlakuan dan tutur kata......


Wassalam.....