Search This Blog

Sunday 6 May 2012

Ke Pantai!!!!!!! Tapi.....

Awal bulan tiga, aku dan sahabat-sahabat aku pergi bersuka ria di pantai sekitar Penang...
Heeeeeeee
Tapi, perancangan yg kami rancang tidak selalu terbaik, Dia Maha Perancang yg Terbaik :)
Pagi tadi, aku dah la terlewat, ingat tak sempat la....
Kemudian sahabat aku telefon bahawa ada masalah lain yang timbul, sahabat mereka yang aku tidak kenal masuk ke hospital. Terkejut juga la........
AlhamdulILLAH, ada sahabat lain menolong membawa dia ke hospital Penang.....
Kemudian, aku pula kena 'road block'. Cuak juga la, dah la aku tidak ada stiker (pelajar universiti perlu ada stiker kenderaan pada kenderaan mereka). Dalam hati aku, "habis moto aku ni, camna ni?". Tapi... 
AlhamdulILLAH, tidak ada apa-apa yang berlaku.....Selamat...Thanks to HIM :)....
Lepas tu, masalah lain yang timbul, kereta pula rosak, aduyai...... 


Seharian...... Muhasabah lah

Dalam seharian kita ni....pernah tak kita muhasabab diri? Pernah tak? Alangkah bagusnya jika kita muhasabah diri kita. Kita manusia selalu leka dan lalai, namun janganlah itu sebagai alasan utama untuk berubah. Teringat tazkirah sahabat, kita kena luruskan niat, jangan ada unsur-unsur yang mampu mengundang kemurkaanNYA. Seperti yang terkandung dalam Hadis 40, hadis pertama berkenaan dengan niat.

Selain itu, muhasabah diri mampu memberi kita motivasi. Seperti kata Saidina Umar (kalau silap, betulkan lah saya) kalau tak salah saya, "Hari ini lagi baik dari semalam, Esok lebih baik dari hari ini". 

Muhasabahlah sahabat. Marilah kita menjadi insan mulia dengan mencontohi peribadi junjungan Besar kita.
Maaf atas segala salah dan silap saya dalam segala perlakuan dan tutur kata......


Wassalam.....

Saturday 25 February 2012

Comeinya kau...

Heeee......
Jangan salah faham.... maksud saya di sini comelnya jika kita berperibadi mulia.....
Peribadi mulia ini, akhlak moleklah.... macam sentiasa senyum...itukan sunnah Baginda :)
Tapi janganlah kita menilai mereka macam asal orang ini jahat tiba-tiba berubah menjadi baik. Kita ini bukan penghukum tetapi berdoa kepada dia agar berterusan. Kita pula berilah pujian supaya dia berasa gembira dengan perubahan ini....

Ana bukanlah insan yang baik tetapi ingin kita semua menjadi yang terbaik........


Kalau akhlak baik semua orang suka

Monday 6 February 2012

Dari Alor Setar Ke Ampang

3/2/2012 Jumaat
Pada jam 9, aku bertolak dari rumah ke stesen bas yang berdekatan rumah aku. Alangkah gembiranya hati aku apabila hendak pergi berjumpa dengan seorang sahabat aku. Namanya Awie. Tujuan aku ke Alor Setar hanya sebab Awie mengambil aku di stesen bas Shahab. Aku sebenarnya mengikuti majlis rombongan perkahwinan bagi pihak pengantin lelaki. Mereka dan Awie tu berasal dari Langkawi. Aku ni cuma pendatang. Berasa rendah diri aku di hadapan mereka kerana mereka tu ustaz dan ustazah.
Aku sampai di sana pukul 1 petang, kemudian Awie mengambil aku pergi solat Jumaat di Masjid Sultanah di Alor Setar. Kemudian, ada sesuatu perkara yang timbul, rombongan sana terpaksa bertolak lewat dari Langkawi. Kami bertolak dari Alor Setar ke Ampang pada pukul 7 selepas rombongan pengantin melaksanakan solat Asar... Ada hikmahNYA kami bertolak lewat.

Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.
(Al-Baqarah 2:216) |

Kami sampai di sana pukul 2 pagi.

4/2/2012 Sabtu
Aku tidur dalam keadaan tak lena, mana tak nya, dua jam sahaja melelapkan mata. Selepas tu, kami solat Subuh berjemaah. Majlis akad nikah diadakan pada waktu malam, jadi kami semua pergi Nilai. Kami kaum lelaki nak buat apa, lainlah kaum hawa, berbelanja sakan.
Ada satu kisah lucu di sana. Kami berada di sebuah kedai. Tiba-tiba, datang seorang kak direct selling jual barang. Sahabat aku beli barang tersebut. Lepas itu, kak itu tanya kami semua berasal dari mana, sahabat aku katalah kami semua dari PL. Aku, kak dan Awie blur. Sahabat aku kata PL tu Pulau Langkawi. Tambah dia lagi orang Kedah suka buat senang macam Sungai Petani =SP, Bukit Mertajam=BM. Haru betul sahabat aku ni. Rosak sungguh...
Malam la yang kami semua menantikan, majlis akad nikah.
Pengantin lelaki berpakaian jubah manakala pengantin perempuan berpurdah. Tidak sama seperti majlis akad nikah yang pernah aku saksikan. Pengantin lelaki guguplah juga semasa melafaz suci di depan wali pengantin perempuan selepas dibaca khutbah nikah. Aku ketawa dalam hati pasal gugup pengantin lelaki. Perkahwinan mereka membuka mata aku betapa indahnya Islam, bukan apa, kita selalu adat yang berlebih-lebihan. Tetapi yang ini mudah, mereka hanya mengikuti syarak sahaja. Kagum aku....
(Teringin juga aku, tapi lambat lagi laa)

 “Daripada Aisyah, Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud: ‘Sesungguhnya nikah yang paling besar keberkatannya ialah yang paling murah (rendah) maharnya.’” (Hadis riwayat Al-Baihaqiy)

5/2/2012 Ahad
Pagi, aku dan Awie solat Subuh berjemaah di masjid. Lepas itu, kami fikir-fikir, buat apa kami duduk di sana, bukan tolong, kalau tolong pun tolong tengok. Aduyai, jadi kami ronda-ronda sekitar KL=Kuala Lumpur (bukan Kilang Lama atau Kuala Lipis he3, melawak sahaja). Kemudian dalam pukul 11, kami balik ke rumah pengantin untuk ke majlis kenduri. Yang ini membuat aku kagum. Majlis mereka memang ringkas, tidak ada makan bersuap, bersanding dan lain-lain. Memang mudah dengan mengikuti syarak. Aku berasa yang menyusahkan hanyalah adat yang berlebih-lebihan... :)
Kemudian kami semua bersalaman dengan pengantin lelaki menandakan kami pulang. Selepas itu kami pergi jalan-jalan.....
Kami balik ke rumah pada pukul 9 malam. Aku berasa teruja sebab kali pertama bawa kereta pulang ke rumah aku. Hee, ye la kali pertama. AlhamdulILLAH aku sampai ke rumah pada pukul 3 pagi...

Sekian travelog aku>>>>>





 

Wednesday 25 January 2012

Sahabat, UkhwahfILLAH


sahabat sejati sentiasa bersama kita tidak kira sama ada susah dan senang. Bersahabat keranaNYA bukan dengan niat-niat lain...........

Setinggi-tinggi ukhwah adalah melebihi sahabat dari orang lain dan serendah-rendah ukhwah adalah bersangka baik terhadap sahabat >>>>>>>

Aku rindu dengan sahabat-sahabat aku.....

Thursday 19 January 2012

Bicara Cikguu....


Apabila aku mendengar lagu ini, aku teringat kenangan-kenangan aku semasa di alam persekolahan, sudah dua tahun aku meninggalkannya, namun masih berbekas di hati.....

Apa khabar cikgu semua? :) Aku rindu kepada cikgu.........

Doakan kami di sini menjadi insan mulia di dunia dan akhirat>>>>>

Tuesday 17 January 2012

Bukan penamat, tetapi LOMPATAN ke2

Sekarang sudah habis satu semester pengajian, masa inilah kita memikirkan apa yang kita mahu lakukan,
saya di sini cuma ingin memberi satu perkongsian,....
cuba kita hayati surah Al-'Asr
[1]
Demi Masa!
[2]
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -
[3]
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.



Petikan daripada http://blog.upsi.edu.my/heai/2009/10/23/demi-masa/

jangan kita buang masa dengan perkara-perkara yang tidak memberi manfaat,
saya tidak kata kita tidak boleh berhibur, berhiburlah cuma jangan melampaui batas, apakah tujuan DIA ciptakan kita.........semuanya ada di dalam KitabNYA.....

marilah kita manfaat masa yang kita ada seperti menolong ibu bapa kita, menjaga adik kita, atau perkara-perkara lain.....aiyuah>>>>>

Sunday 15 January 2012

Terharunya aku... :(

Petang itu, aku keluar pergi membeli-belah di tesco, tengok jam pukul 6.50, aku fikir baik aku makan siap-siap di food court,
Lepas aku order dan ambil makanan, aku nampak seorang pak cik tua makan ais krim. Dia tanya aku, "boleh pak cik duduk.". Aku bagi pak cik itu duduk di hadapan aku. Gaya pak cik sudah uzur, ye la jalan menggunakan tongkat.
Kemudian, pak cik tu tanya aku, "anak ni student ke, u mana?". Aku jawab la yang ditanya itu. Aku terkejut, dia memperkenalkan dirinya. Pak cik itu merupakan bekas pensyarah USM untuk school management dan PJJ. Aku tergamam, dengan low profilenya, tidak segan silu menegur aku dengan memanggil aku anak. Pak cik menceritakan kisah hidupnya di USM. Dia terpaksa bertongkat disebabkan lumpuh. Patutla dia bertongkat.
Setelah kami berbual-bual, akhirnya pak cik tu hendak pulang ke rumah setelah isterinya sudah selesai membeli barang,
Aku terharu dengan pesanannya "SEMOGA BERJAYA NAK". Kata-kata ini membuat dia seperti abah aku. Aku harap dapat bertemu dengan pak cik itu sekali lagi.

p/s: teringat lagu Terima Kasih Guru (Mirwana)

Lirik Bingkai Kehidupan

Lirik ini benar-benar mengungkap seribu makna, nasyid ini kumpulan Sohoatul Harakah yang bertajuk 'Bingkai Kehidupan'

cuba kita hayati betul-betul lirik ini

Allahu ghaayatunaa
Ar-Rasuulu qudwatunaa
Al-Qur'aanu dusturunaa
Al-Jihadu sabiiluna
Al-Mautu fii sabilillah
Asma amaanina



yang maksudnya:

Allah adalah tujuan kami
Rasulullah teladan kami
Al Qur'an pedoman hidup kami
Jihad adalah jalan juang kami
Mati di jalan Allah adalah cita-cita kami tertinggi.........

ayat yang terakhir, "mati di jalan Allah adalah cita-cita kami tertinggi".... mulianya jika kita mati syahid :)



Saturday 14 January 2012

Siapa Yang lebih BijAKK?

Sering kali kita anggap orang yang mahir akademik dianggap bijak, terutamanya orang yang skor cemerlang dalam subjek sains....

Kadangkala, terfikir juga mereka ni hanya hebat di dunia atau hebat dua-dua sekali.....
teringat hadis Baginda


Ibnu Umar berkata: “Aku bersama Rasulullah, lalu seorang lelaki Ansar datang kepada Baginda mengucapkan salam lalu bertanya: Wahai Rasulullah. Manakah antara kaum mukminin yang paling utama? Baginda menjawab: Yang paling baik akhlaknya antara mereka. Dia bertanya lagi: Manakah di antara kaum mukminin yang paling cerdik?

“Baginda menjawab: Yang paling banyak mengingati kematian antara mereka dan paling bagus persiapannya selepas kematian. Mereka itu orang cerdik,” (Hadis Riwayat Imam Ibnu Majah)


petikan dari

http://nurmujahidahasana.blogspot.com/2010/12/orang-bijak-ingat-mati.html
terima kasih kepada blog ini........

Memang ku akui subjek sains susah tapi itu tidak bermakna kita jahil dalam ilmu agama,
jika kita mantap kedua-dua ilmu ini, i/ALLAH berkat dan keredaanNYA kita peroleh.........
semuanya bergantung niat apa yang kita menuntut ilmu

 “Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.
Hadis ini diriwayat oleh dua orang Imam Ahli Hadis; Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail ibn Ibrahim ibn al-Mughirah ibn Barzirbah al-Bukhari dan Abu al-Husain Muslim ibn al-Hajjaj ibn Muslim al-Qusyairie al-Naisaburi dalam kitab sahih mereka berdua yang merupakan antara kitab yang paling sahih” Hadis ini adalah salah satu hadis utama dalam lslam. 
dari link 
marilah kita menuntut ilmu untuk keredaanNYA.....aiyuah!

ExAM dan Kita

Kadangkala kita sering terdengar sahabat kita kata "wei, cmna exam ni" atau "mampus aku kalau fail"....
Persoalannya sekarang, apakah tujuan kita ambil exam, adakah sekadar 'pass' atau sebaliknya, kita perlu sedar kita mempunyai tanggungjawab yang DIA amanah kepada kita. Kita hanya disini sekadar berusaha, keputusan kita serah kepadaNYA. DIA lebih tahu apa yang terbaik untuk hambaNYA. Apabila kita mendapat keputusan, janganlah angkuh dan apabila gagal, janganlah kecewa, itu semua perancanganNYA. Kita seharusnya bersyukur dengan apa yang dimiliki.

Janganlah pula selepas exam kita jadi macam 'setan', apabila exam dekat jadi baik dengan Tuhan, bagi aku itu macam rasuah...... Kita sepatutnya sedar dan istiqamah dalam setiap amalan yang kita lakukan. Amalan kita biarlah ikhlas dan mendapat keredaanNYA.

Doakan merupakan senjata kita.... Ingat lirik UNIC Menuju Wawasan


Doa sebagai senjata umat Islam sentiasa boleh...


Kita perlu berdoa agar memperoleh hidayahNYA,
Apabila ditimpa ujian jangan gusar kerana itu tarbiyahNYA.............