Search This Blog

Saturday 14 January 2012

Siapa Yang lebih BijAKK?

Sering kali kita anggap orang yang mahir akademik dianggap bijak, terutamanya orang yang skor cemerlang dalam subjek sains....

Kadangkala, terfikir juga mereka ni hanya hebat di dunia atau hebat dua-dua sekali.....
teringat hadis Baginda


Ibnu Umar berkata: “Aku bersama Rasulullah, lalu seorang lelaki Ansar datang kepada Baginda mengucapkan salam lalu bertanya: Wahai Rasulullah. Manakah antara kaum mukminin yang paling utama? Baginda menjawab: Yang paling baik akhlaknya antara mereka. Dia bertanya lagi: Manakah di antara kaum mukminin yang paling cerdik?

“Baginda menjawab: Yang paling banyak mengingati kematian antara mereka dan paling bagus persiapannya selepas kematian. Mereka itu orang cerdik,” (Hadis Riwayat Imam Ibnu Majah)


petikan dari

http://nurmujahidahasana.blogspot.com/2010/12/orang-bijak-ingat-mati.html
terima kasih kepada blog ini........

Memang ku akui subjek sains susah tapi itu tidak bermakna kita jahil dalam ilmu agama,
jika kita mantap kedua-dua ilmu ini, i/ALLAH berkat dan keredaanNYA kita peroleh.........
semuanya bergantung niat apa yang kita menuntut ilmu

 “Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.
Hadis ini diriwayat oleh dua orang Imam Ahli Hadis; Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail ibn Ibrahim ibn al-Mughirah ibn Barzirbah al-Bukhari dan Abu al-Husain Muslim ibn al-Hajjaj ibn Muslim al-Qusyairie al-Naisaburi dalam kitab sahih mereka berdua yang merupakan antara kitab yang paling sahih” Hadis ini adalah salah satu hadis utama dalam lslam. 
dari link 
marilah kita menuntut ilmu untuk keredaanNYA.....aiyuah!

No comments:

Post a Comment